Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T pencipta alam semesta. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W dan keluarga serta sahabat-sahabat baginda.
Pertama sekali marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, kita masih lagi dianugerahkan dengan kesihatan dan kekuatan untuk terus berusaha bagi memperkasakan usaha dakwah di Sarawak khususnya dan Malaysia umumnya.
Pemantapan dakwah di kalangan masyarakat di Sarawak dari semasa ke semasa dilihat semakin besar cabarannya. Perkembangan ini memungkinkan usaha yang bersepadu harus dilakukan demi memastikan usaha dakwah dapat dijalankan dengan sempurna. Justeru, peranan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) pada hari ini dilihat menepati kehendak dan keperluan dakwah semasa dalam usaha melahirkan para dai’e yang mampu menyebarkan dakwah dan bersedia dalam menghadapi dugaan dalam bentuk fizikal dan mental.
Bagi menjayakan hasrat suci lagi murni ini, keterlibatan agensi dalam dakwah ini dilihat suatu yang bertepatan. Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak dalam menyebarkan dakwah di kalangan masyarakat di Sarawak adalah sesuatu yang perlu dalam usaha membantu Jabatan Agama Islam Negeri. Dengan adanya sokongan dan dokongan semua pihak, segala impian ini pasti akan menjadi sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
Kepada mahasiswa dan mahasiswi IKMAS, saya ingin merakamkan sedikit nasihat agar sentiasa berusaha menimba sebanyak mungkin ilmu dan tidak hanya berpegang kepada memperoleh keputusan yang cemerlang sahaja sebaliknya membekalkan diri untuk menjadi dai’e beridealistik. Pergunakanlah sebaik-baiknya peluang yang ada di IKMAS untuk menimba ilmu dan pengalaman untuk di kemudian hari.
Tuan Haji Mohd Nawi Abu BakarPengarah JAKIM