Majlis Perasmian dan penyerahan anak angkat program nenyemai bakti bagi pelajar semester 6 telah
diadakan dengan jayanya. Program tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Ustaz Hamdan B Jaree,Pengetua Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak dan turut hadir pada majlis tersebut ustaz Idris dari HIKMAH Sarawak. Pada majlis tersebut diselitkan dengan sesi taklimat mengenai pantang larang diperkampungan bidayuh yang di sampaikan oleh ustaz idris supaya pelajar-pelajar dapat menjaga diri , adab dan kesopanan ketika melaksanakan program ini bagi mengelakkan para pelajar dikenakan “dam” sekiranya melanggar pantang larang tersebut. Bagi program ini para pelajar akan menyemai bakti di kampung sampadi,kg sg langgir,kg pasir ulu dan kg siruk melayu di kawasan sematan dan lundu. Program menyemai bakti pada kali ini akan dipantau dan diselia oleh Y.Bhg Ustaz Hamdan B Jaree,Ustaz Oslan Affandi B Abdullah,Ustaz Saiful Azhar B Saadon, Ustaz Mohd Zamri B Husin dan Ustaz Mohd Ismail B Najir Mohd.
“Satukan Hati, Menyemai Bakti”