• Cipta Akaun
    *
    *
    *
    *
    *
    Fields marked with an asterisk (*) are required.
Anda berada di : Home

Mesyuarat Jawatankuasa Persijilan Asas Pengajian Islam (PERAPI)

E-mail Cetak PDF

Mesyuarat Jawatankuasa Persijilan Asas Pengajian Islam (PERAPI) Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKMAS) JAKIM Cawangan Sarawak Kali ke- 5

telah diadakan pada pada 2 Februari 2010 jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Syura Aras 6, Bangunan Mahkamah Syariah, yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datu Haji Putit bin Matzen, Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak.

Mesyuarat yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan memberi input ke arah penambahbaikan program dari semasa ke semasa. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil Urusetia Saudara Kita (USK), Harakah Islamiyah (HIKMAH), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Tabung Baitulmal Sarawak, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LKMNS) serta diurusetiakan oleh JAKIM Cawangan Sarawak.