Peperiksaan Akhir Semester Kedua Sesi Pengajian 2009/2010 telah berlangsung mulai 16 hingga 25 Februari yang lalu bertempat di Dewan Kenyalang Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.
(IKMAS). Peperiksaan ini melibatkan semua pelajar program Diploma Pengajian Islam dan Dakwah serta Program Persijilan Asas Pengajian Islam (PERAPI) yang layak menduduki peperiksaan. Sebelum itu, ujian Syafawi telahpun diadakan pada 11 dan 12 Februari 2010.








