• Cipta Akaun
    *
    *
    *
    *
    *
    Fields marked with an asterisk (*) are required.
Anda berada di : Home

Seminar Kefahaman Muamalat Islam

E-mail Cetak PDF
Jakim dengan kerjasama Koperasi Muamalat Pahang Bhd. telah mengadakan Seminar Kefahaman Muamalat Islam pada 28 Mac 2009 bertempat di Dewan POLISAS, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Seramai 250 orang ahli Koperasi telah menyertai kursus tersebut. Majlis perasmian kursus tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kefahaman Islam Bahagian Dakwah Jakim; Y. Bhg. Ustaz Mamat bin Said. Turut hadir semasa majlis itu ialah Setiausaha Koperasi Muamalat Pahang Bhd. iaitu En. Mahmud bin Taib serta pengarah program merangkap ketua urusetia iaitu Saudara Osman Arfan bin Tamrin dari POLISAS.

 

Antara objektif seminar tersebut ialah untuk meningkatkan kefahaman muamalat Islam dan mendedahkan teknik perniagaan yang menepati kehendak syarak serta mampu melahirkan warga koperasi sebagai agen modal insan yang berkualiti dan cemerlang. Antara pengisian di dalam seminar tersebut ialah ceramah tentang Kefahaman Muamalat Islam, Peranan HDC dan Potensi Pasaran Halal, Kualiti & Kawalan Mutu Makanan serta Penyelidikan MARDI dan Bantuan Modal. Ceramah-ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta penceramah daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan MARA.

 

 

 

 

Majlis diakhiri dengan majlis dialog dan penyampaian sijil kepada para peserta. Kedua-dua pihak berharap agar kerjasama yang lebih erat dapat diadakan pada masa akan datang.