• Cipta Akaun
    *
    *
    *
    *
    *
    Fields marked with an asterisk (*) are required.
Anda berada di : Home

Islam Hadhari Dijadikan Satu Pendekatan Berdakwah

E-mail Cetak PDF
Sample image

Bahagian Hadhari Dan Pembangunan Insan Jakim dengan kerjasama Jakim Cawangan Sarawak telah mengadakan Kursus Training Of Trainer (ToT) peringkat Zon Sarawak pada 30 Mac – 2 April 2009 bertempat di Pusat Latihan Sarawak (PLS), Telaga Air, Kuching Sarawak.

 

 

Seramai 20 orang peserta telah mengikuti kursus ToT yang melibatkan pegawai-pegawai kader post JAKIM dan badan-badan Dakwah (NGO) di Sarawak. Para peserta diberi pendedahan slot-slot yang dijalankan melibatkan kursus bina insan, bina taqwa, dan tasawwur Islam serta menjalani proses simulasi bagi mengenal pasti slot-slot yang mampu dibawa oleh peserta.

Menurut Ustaz Nawawi Abdul Rahman dari Pertubuhan Dakwah HIKMAH selaku penghulu kursus yang mewakili para peserta mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak JAKIM kerana menyediakan satu lagi alternatif yang berkesan dalam berdakwah dengan tayangan-tayangan audiovisual terutama slot-slot Petanda Maha Pencipta,Iktibar Kehidupan, Penyucian Jiwa, Wasiat Iman serta Azam Dan Janji. Bahan-bahan ini akan dipergunakan sebaik mungkin dalam menyampaikan dakwah serta memohon kerjasama pihak JAKIM Sarawak dari semasa ke semasa.

 

 

Semoga kursus ToT Zon Sarawak ini dapat melahirkan barisan fasilitator yang mantap dan dan seterusnya menjadikan Pusat Latihan Sarawak akan sentiasa dihidupkan dengan kursus-kursus modul Pendekatan Islam Hadhari.