Kursus Kefahaman Akidah Pemimpin Peneroka Felda Wilayah Kuantan telah berjaya dilaksanakan pada 3-6 Mac 2009 di Pusat Pemantapan Akidah (JAKIM), Jelebu, Negeri Sembilan. Program ini adalah kerjasama di antara PPAJ dengan Felda Wilayah Kuantan dan mendapat penyertaan seramai 75 orang yang terdiri daripada pemimpin peneroka atau ketua blok di Felda Wilayah Kuantan.
Pelbagai aktiviti disusun sepanjang kursus ini termasuklah ceramah, riadhah, Latihan Dalam Kumpulan, Laman Nurani, Iktibar Kehidupan, Kembara Zikir, Wasiat Iman dan qiammullail. Setiap aktiviti dilaksanakan dengan jayanya hasil gabungan tenaga fasilitator dan urusetia dari Pegawai KAGAT dan PPAJ sendiri.

