Institusi ini ditubuhkan hasil keputusan tidak rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) kali ke-5 pada 3 dan 4 Ogos 1994 di Pulau Langkawi, Kedah. Lanjutan daripada pertemuan tersebut Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 September 1994 telah bersetuju menubuhkan sebuan institusi yang diberi nama Pensantren ASEAN yang dipersetujui pembinaan di Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan YAB Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud telah berbesar hati menganugerahkan tanah seluas 30 ekar di Telaga Air untuk pembinaan kompleks tersebut.
Pada 12 September 2001, Kompleks ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak. Kos pembinaan kompleks ini adalah sebanyak RM13 juta di bawah peruntukan pembangunan JAKIM. Institut ini kemudiannya dikenali sebagai Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS). Ia merupakan sebuah institusi Pengajian Tinggi yang melatih pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dalam bidang Pengajian Islam di peringkat Diploma dan Kemahiran di peringkat Sijil serta Sijil Tahfiz Al-Quran.
Info IKMAS 

